Monday 10 October 2011

Lawatan ke Kastam Mempelajari Prosedur Import dan Eksport





Pada 19 September 2011, satu lawatan ke Kastam, Johor telah diadakan di bawah kursus International Logistics Management (LOG 2043) di bawah seliaan Encik Dorries Ali. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang operasi kastam melibatkan import dan eksport khasnya melibatkan pemantauan di kawasan “checkpoint” di Johor. Lawatan ini adalah salah satu “active learning” untuk salah satu topik di bawah kursus ini iaitu “Customs and Regulations”. Lawatan disertai oleh 5 orang pensyarah yang terdiri daripada 4 orang pensyarah logistik iaitu Encik Dorries, Encik Syamrie, Puan Dayana dan Puan Norzaliha  dan seorang wakil pensyarah daripada Jabatan Sains Kuantitatif iaitu Encik Faizal. Rombongan telah bertolak daripada Kolej pada pukul 7.30 pagi dan sampai ke Menara Kastam pada pukul 9 pagi.

Setibanya di Menara Kastam, kami telah disambut oleh Tuan Haji Razali, Penolong Pengarah Bahagian Perhubungan Awam yang telah membawa kami ke bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat berkenaan dengan operasi kastam. Taklimat dijalankan selama lebih kurang 1 jam 30 minit. Hadir sama mendengar taklimat adalah Tuan Haji Alias iaitu Pengarah bahagian import di cawangan Johor. Selepas taklimat kami dibawa melawat ke sekitar Menara seperti di bahagian “GST” yang menempatkan segala maklumat mengenai cukai baru yang dikenakan.

Kami selepas itu dibawa pula ke Kompleks Sultan Abu Bakar di Gelang Patah untuk melihat sendiri bagaimana Kastam menjalankan tugas mereka. Pelajar berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana proses keluar masuk kenderaan perdagangan ke Singapura. Serta dokumen-dokumen yang terlibat dalam operasi tersebut. Apa yang kami rasa terharu adalah Pengarah kompleks tersebut sendiri iaitu Tuan Kamarudin telah memberi penerangan tentang operasi di kawasan tersebut. Semua pegawai Kastam memberi kerjasama yang sangat baik kepada pelajar serta menjawab segala pertanyaan yang diajukan dengan baik.

Kami bertolak balik pada pukul 2 petang dan sampai ke KPMBP pukul 3.30 petang. Secara keseluruhannya, kami sebagai pensyarah menganggap lawatan ini telah berjaya dalam mencapai objektif yang diharapkan. Rata-rata pelajar memberikan respon yang sangat positif daripada lawatan ini kerana banyak maklumat yang mereka dapat yang serta melihat sendiri proses kerja kastam. Diharap lawatan seumpama ini dapat dijalan dengan lebih kerap pada masa hadapan dalam menyahut seruan pihak pendidikan tinggi MARA untuk membuat “Active Learning” di peringkat KPMBP.