Wednesday, 20 April 2011

MQA Memperakui DLM and DIA !!


Syabas!! kepada semua pihak termasuk para pensyarah, pelajar dan kakitangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana membolehkan KPMBP berjaya mendapat pengiktirafan MQA

Melalui surat MQA 04/16 Jld. 20(10)(21) bertarikh 14 April, 2011, MQA telah memperakukan kedua-dua program berikut berkuatkuasa pada 23-08-2010.

MQA/FA0224 - Diploma in Integrated Logistics Management
MQA/FA0223 - Diploma in Accountancy

Tuesday, 19 April 2011

Lawatan ke Batam Indonesia... Mempraktikan ilmu logistik dan keusahawanan!







Pada 25 Mac 2011, Penyelaras kursus Entrepreneur (ETR 2043) dan Warehouse and Handling Technology (LOG 3533) telah mengadakan  satu lawatan ke Lapangan Perniagaan Antarabangsa Batam, INDONESIA. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang aktiviti perniagaan serta logistik di lapangan antarabangsa khususnya melibatkan proses pembelian dan penawaran, pengangkutan kargo serta dokumen-dokumen yang terlibat. Seramai 9 pelajar telah menyertai lawatan  ini serta 3 orang pensyarah yang terdiri daripada Encik Syamrie, Cik Hezlin dan Cik Arni. Rombongan telah bertolak daripada Kolej pada pukul 2.30 petang dan sampai ke Terminal Feri Stulang, Johor tepat pukul 4.30 petang. Kami terus menuju ke kaunter tiket  yang terletak tidak jauh daripada terminal utama. Perjalanan feri ke Batam mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Stulang, Johor. 

Setibanya di Batam, kami dibawa berjumpa dengan Encik yang menjadi wakil pemandu pelancong di Batam. Encik adalah orang tempatan yang arif tentang selok-belok tempat terkenal di Batam. Selain itu, Encik juga menjadi perunding untuk menerangkan operasi lawatan di situ. Kami dibawa menjamu selera di tengah bandaraya  Batam yang dikenali sebagai NAGOYA.  

Apa yang membanggakan kami adalah sambutan orang tempatan yang menyambut baik kedatangan kami dari Kolej Profesional MARA Bandar Penawar (KPMBP). Mereka tidak kekok melayan kerenah kami yang mencuba makanan tempatan seperti bakso dan nasi ayam penyek. Kami juga sangat terharu kerana mereka mendendangkan beberapa buah lagu sebagai hiburan semasa menjamu selera. Ini memberi satu gambaran mengujakan bahawa layanan istimewa daripada penduduk di situ. Selepas hampir 2 jam menjamu selera kami terus ke hotel untuk berehat bagi menghadapi cbaran sebenar keesokan harinya. 

Kami telah berkesempatan melawat ke lapangan utama perniagaan iaitu di Kampung Ole-Ole, JODOH, MATAHARI MEGAMALL, NAGOYA HILL, PELANGI, Pusat Lukisan dan Kesenian, Pantai Batu Besar dan Costarina yang menjadi tempat tarikan utama. Pelajar telah diberi 2 jam untuk melawat pusat perniagaan yang menjadi tempat pengendalian jual-beli. Lawatan ini mengambil masa seharian untuk melawat kesemua tempat yang menjadi tarikan utama pelancong. Ini kerana, Batam merupakan sebuah pulau kecil yang menempatkan penduduk seramai lebih 5000 orang tempatan.


Keesokan harinya, kami bertolak balik pada pukul 3 petang dan sampai ke KPMBP pukul 10 malam. Secara keseluruhannya, kami sebagai pensyarah menganggap lawatan ini sangat berjaya dalam mencapai objektif yang diharapkan. Kami juga berbangga pada pelajar-pelajar yang telah terlibat dalam mereliasasikan program lawatan ini. Kerjasama serta semangat yang ditunjukan oleh pelajar-pelajar ini memberi motivasi dan semangat kepada setiap pelajar KPMBP untuk melihat keusahawanan sebagai peluang kerjaya yang member jaminan malahan juga kepada pensyarah untuk terus memberikan pendidikan berkualiti kepada pelajar. Diharap lawatan seumpama ini dapat dijalan dengan lebih kerap pada masa hadapan dalam menyahut seruan pihak pendidikan tinggi MARA untuk membuat “Active Learning” di peringkat KPMBP. Ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program lawatan keusahawanan ke Batam, Indonesia. Sekian.