Pada 25 Mac 2011, Penyelaras kursus Entrepreneur (ETR 2043) dan Warehouse and Handling Technology (LOG 3533) telah mengadakan satu lawatan ke Lapangan Perniagaan Antarabangsa Batam, INDONESIA. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang aktiviti perniagaan serta logistik di lapangan antarabangsa khususnya melibatkan proses pembelian dan penawaran, pengangkutan kargo serta dokumen-dokumen yang terlibat. Seramai 9 pelajar telah menyertai lawatan ini serta 3 orang pensyarah yang terdiri daripada Encik Syamrie, Cik Hezlin dan Cik Arni. Rombongan telah bertolak daripada Kolej pada pukul 2.30 petang dan sampai ke Terminal Feri Stulang, Johor tepat pukul 4.30 petang. Kami terus menuju ke kaunter tiket yang terletak tidak jauh daripada terminal utama. Perjalanan feri ke Batam mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Stulang, Johor.
Tuesday, 19 April 2011
Lawatan ke Batam Indonesia... Mempraktikan ilmu logistik dan keusahawanan!
Pada 25 Mac 2011, Penyelaras kursus Entrepreneur (ETR 2043) dan Warehouse and Handling Technology (LOG 3533) telah mengadakan satu lawatan ke Lapangan Perniagaan Antarabangsa Batam, INDONESIA. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang aktiviti perniagaan serta logistik di lapangan antarabangsa khususnya melibatkan proses pembelian dan penawaran, pengangkutan kargo serta dokumen-dokumen yang terlibat. Seramai 9 pelajar telah menyertai lawatan ini serta 3 orang pensyarah yang terdiri daripada Encik Syamrie, Cik Hezlin dan Cik Arni. Rombongan telah bertolak daripada Kolej pada pukul 2.30 petang dan sampai ke Terminal Feri Stulang, Johor tepat pukul 4.30 petang. Kami terus menuju ke kaunter tiket yang terletak tidak jauh daripada terminal utama. Perjalanan feri ke Batam mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Stulang, Johor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment