Wednesday, 9 March 2011

Photos - KLIA Visit 3/3/2011

Lawatan Akademik ke KLIA, Sepang




Pada 3 hb Mac yang lalu, sekumpulan pelajar DLM (Diploma in Integrated Logistics) daripada semester 4 telah mengadakan satu lawatan akademik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang.  Lawatan ini dirancang oleh En. Azaki bin Kadis dan Puan Norzaliha Jusoh masing-masing untuk subjek Logistics: Principles and Applications dan Logistics and Distribution Management.

Seramai 29 orang pelajar telah mengikuti rombongan ini dan diiringi oleh 4 orang pensyarah.  Tujuan program lawatan ini adalah untuk mendedahkan pelajar tentang pengurusan operasi bagi pengendalian kargo melalui sistem pengangkutan udara.  Pelajar dapat melihat secara praktikal proses kendalian kargo untuk dikaitkan dengan subjek yang dipelajari.

Pihak kami mengucap ribuan terima kasih kepada pihak MAS Kargo yang sudi menerima kunjungan pelajar ini.  Ketibaan kami disambut oleh Cik Safinar Md. Zain pada jam 2.00 petang dan seterusnya taklimat diberikan pegawai operasi bahagian eksport iaitu En. Suhaimi.  Pada pukul 4.00 petang, pelajar-pelajar dibawa melawat gudang operasi kargo udara.  En. Suhaimi kemudian membawa kami ke Hotel Haiwan ataupun dikenali sebagai "Animal Hotel".  Animal hotel ini adalah tempat transit bagi haiwan yang dihantar melalui udara.

Lawatan ini amat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar dan semoga dapat dilakukan lagi pada masa akan datang.

Tuesday, 8 March 2011

Innovation Management Team - MGT3593















8 Mac 2011 - Penyelaras kursus Innovation Management Team (MGT 3593) yang diketuai oleh Encik Dorries dan Encik Mohd Adham  bersama-sama dengan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik, Encik Hussin Bin Omar dan Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan, Encik Abdul Halim telah melakukan lawatan ke tapak projek pelajar di bawah kursus MGT3593. Projek-projek ini adalah satu daripada keperluan untuk pelajar lulus kursus ini.
Objektifnya adalah mendedahkan pelajar tentang pentingnya untuk melakukan inovasi tidak kira inovasi tersebut berimpak besar atau kecil tetapi yang penting adalah nilai inovasi tersebut ke atas warga KPMBP.  Terdapat hampir 13 projek yang telah dilaksanakan oleh pelajar yang menjadikan Kolej Profesional MARA Bandar Penawar sebagai lokasi projek. Antaranya adalah seperti Logistics House, Recycling, sewa basikal, Langganan surat khabar, penambaikan bilik air tingkat 2 blok akademik, penambaikan lobi asrama dan sebagainya.
Projek inovasi seperti menurut Encik Hussin wajar diteruskan pada semester akan datang sehingga ianya menjadi satu budaya di KPMBP. Semoga dengan adanya projek inovasi di bawah kursus MGT3593 ini akan menjadi satu titik permulaan dalam memberi kebaikan kepada pihak kolej dalam menambahbaikkan perkhidmatan sedia ada seterusnya memberikan idea kepada pihak kolej demi kepentingan warga KPMBP.

Friday, 4 March 2011

Jadual Usrah Setiap Selasa 10:00 - 10.30 Pagi



NO.


NAMA PENSYARAH


TARIKH

1.

EN. MOHD ADHAM B. MANSOR

1 MAC 2011

2.

CIK NADIA BINTI ABDULLAH SANI

8 MAC 2011

3.

CIK PUTERI NORANI BT. MEGAT AHMAD

22 MAC 2011

4.

PUAN NOOR HAZANIAH BT. BAHARIN

29 MAC 2011

5.

PUAN NUR DIYANA BINTI ABDULLAH

5 APRIL 2011

6.

PUAN NORZALIHA BT. JUSOH

12 APRIL 2011

7.

CIK NURUL NASIHIN BINTI ARIFFIN

19 APRIL 2011

8.

PUAN MUNIRA MUSTIKA BINTI  MUSA

26 APRIL 2011

9.

EN. AMIR BIN JUSOH

3 MEI 2011

10.

EN. DORIES BIN ALI

10 MEI 2011

11.

EN. MOHD. SYAMRIE B. NAZHARI

17 MEI 2011

12.

CIK AZLINA HEZLIN  BINTI RAMLI

24 MEI 2011

13.

PUAN SITI NUR SAMAWATI BINTI AHMAD

5 JULAI 2011

14.

EN. MOHD. ZAMRI B. YAHYA

12 JULAI 2011

15.

PN. SITI PAZILA BT. SALLEH

19 JULAI 2011

Photos - UniKL Visit 25/02/2011

   Briefing at Lecture Hall UniKL

   En. Nassier, Head of Industrial Logistics Faculty

    Students of KPMBP

   Puan Hawa, Head of Student Affairs
    ILMA and UniKL Students
 
    Main Entrance of UniKL, MITEC

Wednesday, 2 March 2011

Lawatan Ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor




















Pada 1 Mac 2011, Penyelaras kursus International Logistics Management (LOG 2043) dan Management of Business Logistics (LOG 2033) telah mengadakan  satu lawatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai , Johor. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang aktiviti logistik di lapangan terbang khususnya melibatkan pengangkutan kargo menggunakan udara. Seramai 28 pelajar telah menyertai lawatan  ini serta 5 orang pensyarah yang terdiri daripada 4 orang pensyarah logistik iaitu Encik Dorries, Encik Syamrie, Encik Zamri dan Puan Norzaliha  dan seorang wakil pensyarah daripada Jabatan Sains Kuantitatif iaitu Encik Faizal. Rombongan telah bertolak daripada Kolej pada pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lapangan terbang Senai tepat pukul 10 pagi. Kami terus diarah menuju ke kompleks kargo yang terletak tidak jauh daripada terminal utama lapangan terbang.
Setibanya di kompleks kargo, kami dibawa berjumpa dengan Encik Hadi yang menjadi wakil kepada pihak lapangan terbang Senai. Encik Hadi adalah Eksekutif yang mengawal pergerakan kargo udara di kompleks kargo tersebut. Selain itu, Encik Hadi juga dibantu oleh 3 orang pembantu yang menjadi wakil kepada beliau untuk menerangkan operasi kargo di situ. Kami dipecahkan kepada 3 kumpulan di mana setiap kumpulan diketuai oleh seorang pembantu beliau.
Apa yang membanggakan kami adalah 2 orang daripada pembantu beliau adalah pelajar Kolej Profesional MARA Bandar Penawar (KPMBP) yang sedang mengikuti latihan industri di syarikat tersebut. Mereka adalah Nooratiqah Bt Abdul Sattar dan Nur Syafiqah Bt Ahmad Sabri. Kami juga sangat berbangga kerana mereka berdua telah berjaya ditawarkan untuk terus bekerja di syarikat tersebut selepas mereka habis latihan industri. Ini memberi satu gambaran positif bahawa KPMBP juga sebenarnya berupaya untuk menghasilkan pelajar yang dapat memenuhi keperluan industri terutama di bidang logistik.
Selepas hampir 2 jam penerangan diberikan kepada pelajar mengenai operasi di kompleks tersebut. Kami telah berkesempatan melawat ke terminal utama lapangan terbang yang telah mejalani proses pengubahsuaian. Pelajar telah diberi 1 jam untuk melawat terminal yang menjadi tempat pengendalian penumpang.
Selepas selesai makan tengahari serta solat zohur, kami berpeluang melawat sekitar kawasan industi Senai. Kami bertolak balik pada pukul 4 petang dan sampai ke KPMBP pukul 6 petang. Secara keseluruhannya, kami sebagai pensyarah menganggap lawatan ini sangat berjaya dalam mencapai objektif yang diharapkan. Kami juga berbangga pada 2 orang pelajar yang telah ditawarkan kerja oleh pihak lapangan terbang dan ini memberi motivasi dan semangat kepada pensyarah untuk terus memberikan pendidikan berkualiti kepada pelajar. Diharap lawatan seumpama ini dapat dijalan dengan lebih kerap pada masa hadapan dalam menyahut seruan pihak pendidikan tinggi MARA untuk membuat “Active Learning” di peringkat KPMBP.

TERIMA KASIH.
Oleh: DORRIES BIN ALI