8 Mac 2011 - Penyelaras kursus Innovation Management Team (MGT 3593) yang diketuai oleh Encik Dorries dan Encik Mohd Adham bersama-sama dengan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik, Encik Hussin Bin Omar dan Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan, Encik Abdul Halim telah melakukan lawatan ke tapak projek pelajar di bawah kursus MGT3593. Projek-projek ini adalah satu daripada keperluan untuk pelajar lulus kursus ini.
Objektifnya adalah mendedahkan pelajar tentang pentingnya untuk melakukan inovasi tidak kira inovasi tersebut berimpak besar atau kecil tetapi yang penting adalah nilai inovasi tersebut ke atas warga KPMBP. Terdapat hampir 13 projek yang telah dilaksanakan oleh pelajar yang menjadikan Kolej Profesional MARA Bandar Penawar sebagai lokasi projek. Antaranya adalah seperti Logistics House, Recycling, sewa basikal, Langganan surat khabar, penambaikan bilik air tingkat 2 blok akademik, penambaikan lobi asrama dan sebagainya.
Projek inovasi seperti menurut Encik Hussin wajar diteruskan pada semester akan datang sehingga ianya menjadi satu budaya di KPMBP. Semoga dengan adanya projek inovasi di bawah kursus MGT3593 ini akan menjadi satu titik permulaan dalam memberi kebaikan kepada pihak kolej dalam menambahbaikkan perkhidmatan sedia ada seterusnya memberikan idea kepada pihak kolej demi kepentingan warga KPMBP.
No comments:
Post a Comment