Wednesday, 9 March 2011

Lawatan Akademik ke KLIA, Sepang




Pada 3 hb Mac yang lalu, sekumpulan pelajar DLM (Diploma in Integrated Logistics) daripada semester 4 telah mengadakan satu lawatan akademik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang.  Lawatan ini dirancang oleh En. Azaki bin Kadis dan Puan Norzaliha Jusoh masing-masing untuk subjek Logistics: Principles and Applications dan Logistics and Distribution Management.

Seramai 29 orang pelajar telah mengikuti rombongan ini dan diiringi oleh 4 orang pensyarah.  Tujuan program lawatan ini adalah untuk mendedahkan pelajar tentang pengurusan operasi bagi pengendalian kargo melalui sistem pengangkutan udara.  Pelajar dapat melihat secara praktikal proses kendalian kargo untuk dikaitkan dengan subjek yang dipelajari.

Pihak kami mengucap ribuan terima kasih kepada pihak MAS Kargo yang sudi menerima kunjungan pelajar ini.  Ketibaan kami disambut oleh Cik Safinar Md. Zain pada jam 2.00 petang dan seterusnya taklimat diberikan pegawai operasi bahagian eksport iaitu En. Suhaimi.  Pada pukul 4.00 petang, pelajar-pelajar dibawa melawat gudang operasi kargo udara.  En. Suhaimi kemudian membawa kami ke Hotel Haiwan ataupun dikenali sebagai "Animal Hotel".  Animal hotel ini adalah tempat transit bagi haiwan yang dihantar melalui udara.

Lawatan ini amat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar dan semoga dapat dilakukan lagi pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment